Beli rumah pertama memang antara keputusan paling besar dalam hidup. Tapi sebelum sibuk tengok rumah, tengok harga, tengok dekorasi… ada satu perkara penting yang ramai orang terlepas pandang:
DSR – Debt Service Ratio.
Apa Itu DSR?
DSR ialah peratusan komitmen hutang bulanan kita berbanding pendapatan bulanan.
Bank guna DSR untuk tentukan layak atau tak layak seseorang dapat pinjaman perumahan.
Formula Ringkas DSR:
DSR = (Jumlah komitmen bulanan ÷ Pendapatan bulanan) x 100%
Contoh:
Gaji bersih RM3,000
Komitmen bulanan (kereta + PTPTN + kad kredit) RM1,200
→ DSR = (1,200 ÷ 3,000) x 100 = 40%
Berapa DSR Maksimum Bank Terima?
Setiap bank ada had DSR berbeza, biasanya antara 60% hingga 80%. Tapi secara selamat, kita target DSR bawah 70%.
Semakin rendah DSR, semakin tinggi peluang pinjaman diluluskan.
Kenapa Kena Tahu DSR Sebelum Buat Loan?
1. Elak pembaziran masa.
Dah suka rumah, dah bayar booking… loan kena reject sebab DSR tinggi. Frust weh!
2. Boleh buat perancangan lebih awal.
Bila tahu DSR sendiri, kita boleh adjust komitmen atau tambah pendapatan untuk lepas kelayakan.
3. Boleh target rumah ikut kemampuan sebenar.
Bukan ikut emosi, tapi ikut angka.
4. Mudah untuk agent bantu cari rumah sesuai.
Bila buyer dah tahu DSR & kelayakan, ejen pun boleh tolong lebih tepat.
Apa Yang Boleh Tingkatkan DSR?
1. Kad kredit – walaupun tak pakai sangat, bank tetap kira 5% dari limit sebagai komitmen
2. Loan kereta / personal loan – komitmen tetap, beri kesan besar
3. Income tak tetap / tak declare – susah bank nak kira sebagai pendapatan
Apa Yang Boleh Bantu Lulus Loan?
1. Turunkan komitmen – habiskan hutang kecil, kurangkan kad kredit
2. Gabungkan pendapatan suami isteri (joint loan)
3. Bukti pendapatan konsisten untuk yang freelance / bisnes
4. Gunakan kalkulator kelayakan siap DSR – boleh tahu siap-siap sebelum mohon
DSR bukan untuk takutkan orang beli rumah, tapi untuk bantu kita beli dengan ilmu & strategi.
Kalau kau betul-betul serius nak beli rumah, step pertama bukan tengok rumah, tapi tengok DSR.
Sebab rumah boleh tengok banyak, tapi loan lepas sekali je.